NGO PERTABI – HARAPAN TERAKHIR SUAMI MALAYSIA
PERTABI merupakan NGO berdaftar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komunikasi rumahtangga di kalangan para suami.
SUAMISIHAT – Portal Kesihatan Suami No.1 Malaysia
SEPERTI YANG TERPAPAR DI
Jom JADI SUAMI ‘ALPHA’
APAKAH SITUASI ANDA?
Kami juga menyediakan platform untuk mereka yang ingin bertanya & menyuarakan pendapat berkenaan isu rumahtangga, serta isu kesihatan lelaki. Setiap kemusykilan yang diajukan, akan terus diperbincangkan secara terus.
MENGENAI KAMI
PERTABI adalah sebuah persatuan NGO yang berdedikasi untuk menyokong suami dalam mencipta hubungan yang harmonis dan penuh pengertian bersama isteri. Kami yakin bahawa kunci kepada kebahagiaan dan kestabilan rumah tangga adalah melalui kerjasama, komunikasi, dan penghargaan bersama antara pasangan.
Nombor pendaftaran organisasi kami: PPM-023-10-15122021
VISI & MISI KAMI
Visi Kami:
Menjadi sumber inspirasi dan sokongan bagi para suami untuk selalu menghargai dan memahami pasangan mereka, serta mengukuhkan ikatan cinta yang berkekalan.
Misi Kami:
Menyediakan sumber, bengkel, dan seminar yang membantu suami mengembangkan kemahiran komunikasi dan kefahaman emosi.
Menggalakkan dialog terbuka dan diskusi yang sihat antara suami dan isteri untuk meningkatkan pemahaman dan penghargaan bersama.
Membina komuniti yang kuat dan sokongan di mana para suami dapat berkongsi pengalaman, nasihat, dan mendapatkan motivasi.
ANTARA AKTIVITI PERTABI
Di PERTABI, kami percaya bahawa pembelajaran dan pertukaran pengalaman adalah kunci utama dalam memperkukuhkan hubungan suami isteri. Oleh itu, kami mengadakan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga:
Seminar, Bengkel, Conferences, Kaunseling, Networking, Riadah, Marathon
DAFTAR AHLI SEKARANG
Yuran pendaftaran PERTABI adalah sebanyak RM50 sahaja seumur hidup. Sila isikan details di bawah:-
Kolaborasi Kami









Copyright 2024 PERTABI.ORG (PPM-023-10-15122021)



